kelas al-quran kanak-kanak

Kelas Hafazan Al-Quran

Assalamualaikum pembaca budiman,

Admin baru je “berkenalan” dengan majalah Al-Ustaz keluaran Telaga Biru ni, itu pun secara kebetulan, ada kenalan suami yang menghadiahkan kepada kami. Alhamdulillah, atas rezeki ini. Maklumlah sefaham admin, rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja, dalam banyak bentuk dan ilmu pun kira rezeki juga. Majalah yang baru kami terima ni merupakan Isu 04 dah maknanya ada 3 isu yang dah terlepas. Tapi bila dibelek-belek, ada borang langganan di mukasurat akhir majalah, dan boleh dapat potongan 15% lagi.

al ustaz

Ada banyak isu agama yang dibincang serta dikupas dalam konteks yang mudah difahami. Antara Ustaz -ustaz yang memberi input ialah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Ustaz Azhar Idrus & Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

Antara yang menarik untuk admin kongsi bersama hari ini, ialah info mengenai kelas hafazan Al-Quran yang diadakan oleh Telaga Biru Training & Consultancy Sdn. Bhd. Kelas hafazan yang diadakan ini dibahagikan kepada kelas dewasa dan pelajar berumur 15 tahun kebawah . Kursus ini dijalankan selama 4 bulan. Telah bermula sejak September 2012 yang lalu, dan menurut Pegawai di Telaga Biru, 2 sesi telah pun selesai.

Sekarang ini, sesi pendaftaran untuk pengambilan baru sedang dibuka dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak Telaga Biru di talian: 03-6274459/4458 atau mendaftar secara online di website Telaga Biru Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Kelas hafazan ini diadakan secara sistematik yang mana:

  1. Hafalan ikut kemampuan individu
  2. Hafalan berjadual
  3. Menggunakan kaedah mudah dan betul dalam hafalan
  4. Diajar oleh guru tahfiz yang berkelayakan

Masa kelas diadakan : 8.30malam – 10.00malam (Hari Rabu) . Seminggu sekali (sebulan 4 kali).Kelas ini diadakan di Dewan Abu Bakar, Telaga Biru Training & Consultancy SB, No.26A & 26B, Jalan Tembaga SD5/2A, Sri Damansara Industrial Park, 52200 Kuala Lumpur

Yuran yang sangat berpatutan, RM 100 untuk dewasa dan RM 80.00 untuk pelajar berumur 15 tahun kebawah. walaupun admin ni berada diluar kawasan Kuala Lumpur, diharap perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat bagi pembaca diluar sana. Harap dapatlah dipanjangkan perkongsian ini, agar ramai lagi yang mendapat manfaat darinya.

Wassalam.