AMAL JARIAH

Surau Setia Indah 12, Setia Alam

Assalamualaikum pembaca budiman,

Alhamdulillah surau setia Indah 12 telah pun mula beroperasi. Surau ini di masih baru, oleh itu sesiapa yang berniat untuk menyumbang wang ringgit atau kelengkapan surau yang lain, amatlah dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK Surau yang telah Dilantik (tertera di banner)

Semoga sumbangan kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.

image

Advertisements

SKIM WAKAF AL-QURAN

Bismillah,

Hari ini admin nak berkongsi maklumat berkenaan skim wakaf al-quran. Admin mendapat maklumat daripada bonda admin, dan admin berpendapat maklumat ini merupakan satu info menarik untuk dikongsikan.

Melalui maklumat yang admin terima, skim ini diuruskan oleh Konsortium Wakaf Quran Galeri Syabab. Sesiapa yang berminat untuk mewakafkan al-Quran boleh membuat sumbangan RM 20.00 untuk senaskah al-Quran. Semua al-Quran yang diwakafkan akan diserahkan ke sekolah-sekolah tahfiz yang memerlukan di seluruh malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini menghubungi En. Muaz di talian 016-392598. 

Semoga amal jariah kita mendapat keberkatan dari-Nya. Insyaallah

USAMA CANON – PENDAKWAH DARI AMERIKA

Mungkin ramai yang dah kenal dengan tokoh pendakwah dari Amerika Syarikat ini, tapi bagi admin, baru saja “berkenalan” dengan beliau melalui satu artikel di Utusan Malaysia bertarikh 24 April 2013.

usama canon 2

Siapa sebenarnya Usama Canon ini? Sekali imbas macam artis hollywood pun ada ye tak.?? Tapi beliau ini lagi hebat. Merujuk kepada blog SimplyIslam, Usama Canon atau dikenali sebagai Ustaz Usama Canon ini dilahir dan dibesarkan di California dan telah memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau tinggal di San Francisco Bay, telah berkahwin dan mempunyai 4 anak .Beliau merupakan seorang tokoh pendakwah dan telah banyak menjelajahi seluruh dunia dalam menyampaikan mesej dan memperkenalkan imej kesederhanaan yang terdapat dalam ajaran Islam.

Dalam usaha beliau dalam mengembangkan keindahan dan kebenaran Islam, beliau telah mengasaskan  sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Ta’leef Collective yang mana pertubuhan ini memberi tumpuan untuk membantu mualaf dalam mewujudkan ruang sosial sesama mereka. Pada pendapat admin, usaha murni ini harus dipuji dan dicontohi kerana para saudara baru ini (mualaf) memang memerlukan sokongan moral yang padu dalam memahami konsep Islam yang sebenar. Bimbingan dan sokongan dari tokoh-tokoh Islam khasnya dan umat Islam amnya, dilihat sebagai satu usaha yang sangat membantu golongan mualaf ini.

Ustaz Usama Canon dilihat sebagai  antara seorang tokoh dakwah Islam di barat yang dinamik. Dengan ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cresent Collective terpanggil untuk menganjurkan siri jelajah ceramah bersama beliau. Siri jelajah ceramah yang menyentuh skop ruang kefahaman agama dan misi dalam mencari kebenaran berpandukan ajaran Islam ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kedutaan Amerika Syarikat dan UIAM.

Bagi pembaca yang berminat untuk mengenali dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Usama Canon, bolehlah melawat FB page beliau. Semoga dengan perkongsian ini, dapat membuka lembaran ilmu yang baru untuk kita semua.

Wassalam

KISAH DARI PALESTINE

Kisah yang dipetik dan dikongsi dari page AMAN PALESTIN . Kisahnya panjang. Mohon baca dengan teliti.
___________________________________
Kisah seorang ‘Syahid Yang Hidup’

Beliau merupakan antara tiga orang pertama yang ditugaskan oleh Hamas sebagai pejuang berani mati yang ditugaskan untuk meletupkan diri di Israel pada tahun 1990-an.

Beliau dan dua rakan yang lain telah berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Namun, pada suatu masa, mereka telah dikesan oleh pihak Israel dan mereka terus meletupkan diri.Dua sahabat yang lain telah syahid, tetapi beliau cedera parah. Beliau berada di hospital Israel selama lebih 2 bulan. Selepas itu, beliau telah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah Israel.Beliau telah diseksa oleh Israel laknatullah dengan pelbagai bentuk seksaan sehingga beliau mengatakan apa jenis seksaan yang kamu tahu, aku dah pernah mengalaminya.

Namun, dalam tahanan Israel beliau tidak mendedahkan apa-apa pun maklumat yang boleh menjejaskan Hamas. Apa yang keluar daripada mulut beliau hanyalah ‘La ilahaillallah’.

Selepas diseksa dengan seksaan yang sangat melampau, beliau telah disahkan ‘mati’ oleh Israel dan dibawa balik ke Gaza untuk dikebumikan.

Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam bumi Gaza, beliau hidup kembali dengan kuasa Allah. Maha Suci Allah, Allah yang berkuasa untuk mematikan seseorang serta menghidupkannnya kembali.

Beliau dirawat di hospital Gaza selama sebulan lebih. Beliau lumpuh separuh badan akibat letupan. Namun, semangatnya untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin tidak pernah luntur.

Beliau kini menjadi sumber semangat dan motivasi kepada tentera-tentera Hamas yang telah tercedera dalam perang menentang Israel.

Beliau merupakan contoh mujahid sejati yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis.

Semoga Allah memberkati perjuanganmu dan memberikan kepadamu sebaik-baik ganjaran.
(more…)