non peeling

Kosmetik Halal

Menyelak Majalah Al-Ustaz Isu 04, admin terbaca mengenai persoalan tentang kosmetik halal. Maklumlah sekarang terdapat lambakan produk kosmetik dipasaran dan yang mana adalah pilihan yang terbaik. Jadi ingin admin kongsikan dientri kali ini mengenai kosmetik halal. Soalan dari pembaca berbunyi begini:

“Saya baru tahu bahawa barangan kosmetik juga ada yang halal dan haramnya. Bolehkah diperincikan bagaimana satu-satu barangan kosmetik ditentukan status halalnya.

Jawapan :

Kosmetik dan produk dandanan diri adalah bahan dan sediaan yang dibuat untuk bersentuhan dengan pelbagai bahagian luaran badan (kulit, rambut, kuku, bibir dan organ sulit luaran) atau pada gigi dan saluran mukus di mulut.

Ia bertujuan semata-mata untuk membersihkan, mewangi, merubah penampilan, atau membaiki bau badan dan memeliharanya dalam keadaan yang baik. Perlu diingat, barangan kosmetik ini bukan bertujuan untuk merawat atau mencegah penyakit.

Berikut ialah antara syarat-syarat yang diambil kira sebelum satu-satu produk disahkan status halalnya:-

  1. Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau bahan daripada anggota manusia atau terbitan daripadanya
  2. bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang orang islam dilarang menggunakannya atau tidak disembelih mengikut syarak
  3. Tidak mengandungi bahan atau bahan terubahsuai genetik (GMO) yang dihukum najis oleh hukum syarak
  4. tidak memudaratkan pengguna dan pemakainya
  5. Proses penyediaan dan peralatan hendaklah bersih dan suci daripada najis.

Sebenarnya agak sukar untuk kita sebagai orang awam untuk memastikan sendiri status halal barangan tersebut. Namun asas pengetahuan yang digariskan diatas perlu disebarkan terus menerus. Ini kerana barangan kosmetik dan dandanan diri yang terdapat di pasaran terlalu sedikit mendapat sijil & logo halal. Bahkan boleh dikatakan kebanyakan barangan kosmetik antarabangsa yang berada dipasaran sekarang tidak mendapat sijil halal JAKIM kecuali beberapa jenama.

Justeru, saya amat menggalakkan para pengguna berusaha mendapatkan produk halal bukan hanya berkaitan makanan, tetapi barangan kosmetik dan dandanan diri yang kita guna pakai setiap hari

(Jawapan dari Saudara Fahrul Irfan Ishak – Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Sarjana Perbandingan Undang-undang, UIAM. Merupakan pensyarah di Universiti Kuala Lumpur-MITEC. Kini sedang menyiapkan PhD di UPM dengan tumpuan kajiannya pada pengurusan produk halal)

Jadi dalam entri ini juga admin nak berkongsi tentang beberapa produk kecantikan yang ada pengesahan Halal dari JAKIM. Selain logo halal yang terdapat pada pembungkusan produk, anda juga boleh ke laman web JAKIM dan memeriksa kesahihannya.

Banyak produk yang telah mendapat pengesahan halal , antara yang terdapat di kedai kami ialah:

RM 110Produk penjagaan wajah Alia Dania Skincare

olive delimaProduk penjagaan wajah Olive Delima (RM160.00)

felinna halal

Krim Pembakar Lemak Felinna InchLoss (RM75.00)

gluta halal

Gluta Collagen Berry (RM 120.00)

Ok, sehingga kita berjumpa lagi dientri akan datang. Semoga perkongsian info pada hari ini sedikit sebanyak membantu anda diluar sana dalam membuat pemilihan yang tepat untuk produk kecantikan anda.

“Ke arah kulit sihat secara semulajadi & menepati syariat”