ANAK PERISAI API NERAKA

kids photo

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka.

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Antara huraian hadis ini (yang dipetik daripada koleksi senarai hadis dari JAKIM),

  1. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan minum, pakaian & sebagainya
  2. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka
  3. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga & mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Dalam entri kali ini, bukanlah admin nak menulis tentang cara-cara mendidik. Admin ini sendiri bukanlah ibu yang terbaik jauh lagi sempurna. Tetapi In Sha Allah, Admin & suami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan didikan terbaik untuk anak-anak tercinta.

Entri kali ini ialah berkisar pada telekung kanak-kanak yang banyak terdapat di pasaran sekarang ini. Macam-macam corak & warna yang ditawarkan. Ye lah ini secara tidak langsung menarik minat si kecil mengerjakan solat. Terdapat juga sejadah yang berwarna-warni..Emmm comel sungguh!!! Baru-baru ini, kami ke Sirikin (kawasan sempadan Sarawak & Indonesia). Punyalah banyak telekung, sampai tak tau nak pilih yang mana..harga pun sangat berpatutan. Teringat pada anak dara kami yang kecil, Ariana, telekung yang dibeli di Indonesia dulu, tidak muat dipakai lagi..maklumlah budak-budak tengah membesar…Jadi kami belilah sehelai untuk anak dara kami tu. Ada macam -macam warna, tapi suami memang sukakan yang simple & berwarna putih, jadi inilah pilihan kalbu…Telekung putih bersulam biru..”Simple and nice” .

Ariana ber”posing” dengan telekung baru:). Moga menjadi anak yang solehah..

ariana telekung

Baru-baru ini admin ada ternampak satu online store yang menjual telekung, sejadah kanak-kanak & mainan islamik ..Sangat la “cute”. Young Khalifah-Umar Qayyim.  Banyak pilihan telekung cotton & patch work yang kiut miut dan juga produk kanak-kanak islamik yang lain.

Antara barangan islamik yang terdapat disini yang mencuri perhatian admin

i) Islamic Soft Toys ( photos credit to Young Khalifah-Umar Qayyim):

islamik soft booksii) Muslimah Plushies

doll muslimah

iii) Jam dinding (tapi tengok kat FB page Young Khalifah – Ummar Qayyim – semua dah sold out). Sesiapa yang berkenaan rajin-rajinlah lawat FB Page Young Khalifah.

wall clock

Di harap entri kali ini, dapat sedikit sebanyak menambah info pembaca budiman. Sehingga bertemu lagi di entri akan datang.

Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s