Jom Mengaji

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Al-Bukhari)

boy ngajiSelepas solat subuh tadi, admin menyelak buku 101 Rekreasi Hati – Dr. Zahazan & Nik Wafdi Nik Jaafar. Membaca hadis diatas membuatkan admin teringat masa dikampung dulu. Kalau dulu, kebanyakan kanak-kanak diajar mengaji oleh ibubapa atau saudara terdekat. Bagi ibubapa yang tidak dapat mengajar sendiri, akan menghantar anak-anak ini guru-guru mengaji yang biasanya terdapat dikawasan penjiranan yang berdekatan. Biasanya kelas mengaji akan dijalankan pada waktu petang atau selepas Maghrib yang mana pada masa itu, kanak-kanak dalam lingkungan 5-12 tahun akan beramai-ramai pergi mengaji. Selain itu, macam admin yang berasal dari Johor, boleh kata semua kanak-kanak akan dihantar ke sekolah agama. Walaupun sekolah agama tidak diwajibkan, tapi bagi kami di Johor ia seolah-olah satu sesi persekolahan yang wajib sama penting macam sekolah aliran kebangsaan.
Pada masa itu, seingat admin, disekolah kebangsaan, subjek pendidikan Islam memang ada, cuma pendekatan agak berbeza dengan hari ini, dimana pada masa itu KAFA belum diperkenal secara khusus.

Tapi kini, suasana tidak lagi seperti dulu. Mengikut pengalaman admin sendiri, bergantung kepada kawasan yang diduduki, kadangkala bukan mudah untuk mencari guru mengaji yang berdekatan. Ada juga admin cuba mengajar, tetapi disebabkan komitmen kerja, kadangkala terlepas peluang untuk mengajar anak-anak sendiri mengaji. Entri ini, berdasarkan pengalaman Admin & keluarga yang pernah bermastautindi Ipoh, Perak, Kota Kinabalu, Sabah dan kini di Kuching, Sarawak.

Semasa di Ipoh, alhamdulillah, kami tinggal di Taman Pakatan Jaya, perjiranan yang rata-ratanya Melayu, jadi agak mudah untuk mencari guru mengaji yang berdekatan. Ustazah yang juga guru KAFA itu duduk selang 4 buah rumah dari rumah kami di Ipoh. Jadi tiada masalah untuk anak-anak pergi mengaji. Di Ipoh juga terdapat banyak  Sekolah Agama Rakyat (SAR) jadi memudahkan urusan dalam membantu melengkapkan anak-anak dengan ilmu agama.

Berpindah ke Kota Kinabalu, keadaan agak berbeza yang membuatkan kami mencari alternatif untuk memanggil ustaz untuk mengajar anak-anak mengaji di rumah. Atas bantuan rakan sekerja, kami diperkenalkan dengan seorang Ustaz yang berkhidmat di Masjid Bandaraya. Ustaz Ilham namanya. Seorang yang berwatakan ceria dan mudah didekati. Ustaz akan datang mengajar 2 kali seminggu iaitu setiap petang Sabtu & Ahad. Selain mengajar mengaji, dapat jugalah admin & suami bertanya-tanya tentang apa -apa kemusykilan agama pada beliau. Bak kata pepatah Melayu, “sambil menyelam, minum air”.

masjid bandaraya

Di masjid Bandaraya ni ada banyak kelas-kelas agama yang diadakan . Jawatankuasa masjid pun sangat aktif dalam usaha membudayakan masjid – satu usaha murni yang boleh dipuji. Berbalik mengenai belajar mengaji tadi, bagi yang belum pandai mengaji, hendaklah kita belajar mengaji dengan guru-guru yang bertauliah. Bagi yang sudah boleh mengaji dan ingin memperbaiki bacaan (ini untuk peringatan diri admin juga), kita digalakkan untuk menghadiri kelas mengaji untuk orang dewasa dan boleh juga menggunakan Al-Quran Digital.

Sekarang ni macam-macam gajet canggih ada diluar sana. Tapi kita kadangkala terlepas pandang, gajet islamik untuk anak-anak kita. Kini terdapat Set Pen Pintar MyIman yang mengandungi buku versi B. Melayu & Inggeris, Iqra’ & Perbualan Bahasa Arab. Satu pelaburan yang berbaloi untuk masa depan generasi kita akan datang.

Admin juga amat mengalukan maklumat-maklumat mengenai kelas-kelas mengaji di Malaysia. Jika pembaca yang budiman sudi berkongsi info, bolehlah memberi komen dalam entri ini, atau email terus ke admin Care4muslim. Moga dengan perkongsian maklumat, dapat dijadikan blog ini sebagai platform berkongsi info yang bermanfaat.

Wassalam. Semoga bertemu dientri akan datang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s