SABUN OH SABUN

Salam pagi Jumaat pembaca budiman,

Hari ini, admin terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang spa yang mendapat liputan akhbar Utusan pada hari Selasa (9 April 2013) tempohari. Maklumlah, spa ni merupakan salah satu tempat “favourite” kaum wanita untuk melepaskan lelah & merehatkan minda. Tambahan lagi hari ni hari Jumaat, rehat tengahari agak panjang, maka ada dikalangan wanita yang bekerja mengambil peluang ni untuk mengunjungi spa yang berdekatan. Spa yang admin nak war-warkan hari ni ialah De Daun Spa Saloon & Gym. Sebenarnya, admin tidak pernah mengunjungi spa ni,tapi admin tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan. Spa yang berkonsep moden kontemporari dan bali ini dikhususkan untuk muslimah, yang mana spa ini beroperasi berdasarkan syariat Islam. Rawatan yang disediakan merangkumi rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki seperti rawatan muka, urutan badan, pakej seluruh badan, rawatan rambut, pedicure, manicure berserta waxing. Spa ini menggunakan bahan semulajadi untuk rawatan pupur kulit dan produk Bio Pearl untuk rawatan muka.

Pada muslimah yang tinggal di sekitar Selangor, bolehlah mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh De Daun Spa. In sha Allah, admin pun jika ada kesempatan, teringin juga nak “try”.

de daun spa

Bagi yang tak berkesempatan nak mengunjungi spa, anda boleh juga melakukan rawatan kecantikan sendiri di rumah. Admin ni memang minat nak cerita berkenaan produk kecantikan & admin memang ada special interest dengan produk – produk berasaskan bahan-bahan semulajadi. Especially home-made or hand-made soap. Ada juga berangan rasa nak try buat sendiri sabun kat rumah..hehe..tapi nak kena buat rujukan lebih sikit. Miller’s Homemade Soap’s Pages antara yang boleh anda lawati jika anda pun berminat nak belajar buat sabun sendiri di rumah.

Jika belum berkesempatan nak buat sendiri, tapi berminat nak pakai sabun yang dibuat dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia, mungkin anda boleh cuba sabun-sabun yang admin senaraikan disini.

SOAP STORY

1. Sabun rumpai laut & minyak kelapa dara

pmc oren

Sabun ini dirumus dengan menggunakan ekstrak rumpai laut gred terbaik ‘canvas dry’ yang segar dari Pulau Omadal Sabah, dan digabungkan dengan kebaikan minyak kelapa dara (virgin coconut oil). Didatangkan dalam pelbagai saiz tapi 35g, 50g dan juga 100g. Antara khasiat sabun ini dengan penggunaan yang konsisten, in sha Allah membantu:

1.Mencantikkan kulit
2.Melicinkan kulit
3.Mengecilkan pori-pori pada wajah
4.Mencerahkan kulit
5.Mengecutkan jerawat
6.Melembapkan kulit
7.Mengurangkan bintik-bintik hitam dan putih pada wajah
8.Mengurangkan pigmentasi kulit
9.Mengurangkan kedutan
10.Menjadikan kulit lebih gebu dan anjal
Disebabkan sabun ini tidak mengandungi bahan kimia, ianya sesuai untuk digunakan oleh sesiapa yang mempunyai kulit sensitif. Boleh juga digunakan kepada bayi & kanak-kanak. Penggunaannya juga tidak terhad kepada muka sahaja, malah boleh juga digunakan untuk badan. Harganya juga sangat berpatutan. Jika anda berminat untuk mencuba produk ini, bolehlah hubungi agen-agen kami seperti yang disenarai dibawah:
JB  : Hafizah  – 012-7421162Ipoh: Noor Azian – 017-5993034Kuching : Norlin -0146833974Jika anda ingin membeli secara borong, boleh berhubung secara terus dengan admin Care4muslim.
2.   Rangkaian Sabun Semulajadi Qamalia –Qamalia Hand Made Soap Range  
Sabun keluaran bumiputera yang menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk membantu dalam menangan pelbagai masalah kulit. Antara bahan – bahan yang digunakan ialah susu kambing, oats, lumpur laut mati (dea sea mud), minyak zaitun, aloe vera dan banyak lagi.
qamalia soap range

Penggunaan sabun berasaskan bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia amatlah digalakkan kerana penggunaan sabun yang bercampur dengan bahan kimia, boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin pada kulit dan seterusnya mampu menyumbang kepada plbagai masalah kulit. Jadi pembaca yang budiman sekalian, pilihlah sabun dari sumber semulajadi dan bebas dari bahan kimia untuk kesihatan kulit anda & keluarga.
Hingga bertemu di entri akan datang. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s